FingerTec News  05/07/2017
LUPAKAN BORANG, BERALIH KEPADA SISTEM CUTI DI TELEFON PINTAR

Zaman telah berubah dan dunia kita sedang diganggu teknologi destruktif. Perniagaan perlu berani mengaplikasikan teknologi terkini untuk memperbaiki proses dan operasi kerana bagi mereka tidak peduli tentang arus perubahan ini akan ketinggalan dan menjadi tidak relevan di masa hadapan. Industri tenaga kerja telah memulakan proses automasi dengan menggunakan teknologi awan untuk merekodkan masa dan kedatangan kakitangan di mana mereka boleh melaporkan diri dari mana-mana sahaja dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit dan pihak pengurusan akan memperoleh data dalam masa sebenar pada setiap masa.

Selain pengurusan masa dan kedatangan, TimeTec juga menawarkan sistem pengurusan cuti kakitangan yang mengautomasikan pengiraan cuti, baki, akruan, permohonan dan kelulusan untuk memudahkan proses pengurusan cuti, meningkatkan kerjasama pasukan dan menghasilkan keputusan yang tepat setiap masa.

Kini tiba masanya untuk syarikat melupakan sistem borang dan beralih kepada sistem cuti di telefon pintar yang tepat, mudah dan murah dengan dengan TimeTec Leave.

KETAHUI 10 ALASAN KUKUH UNTUK MENGGUNAKAN TIMETEC LEAVE
 
1  Kesilapan dan Manusia
Hak cuti bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah oleh syarikat. Cuti pekerja perlu diurus sempurna di samping mematuhi undang-udang buruh sesuatu negara serta selari dengan polisi syarikat. Oleh itu, pihak syarikat tidak boleh dengan sewenangnya melakukan kesilapan dalam mengira baki dan akruan cuti bagi setiap pekerja. Dengan menggunakan TimeTec Leave, syarikat dapat mengurangkan kesilapan dan meningkatkan prestasi proses dengan ketara apabila proses pengurusan cuti diautomasikan dengan tepat.
 
2  Aplikasi Telefon Pintar
Penggunaan telefon pintar sudah begitu meluas dan dengan adanya aplikasi TimeTec Leave di telefon pintar setiap pekerja, ia memberi kemudahan kepada syarikat dan juga menyediakan ketelusan dan kawalan untuk majikan serta pekerja. Dengan aplikasi ini pekerja boleh memohon kebenaran cuti secara langsung dari telefon pintar masing-masing dan penyelia mereka boleh meluluskan cuti juga dari telefon mereka secara serta-merta. Pekerja boleh menyemak butir-butir cuti tanpa perlu membuat temujanji dengan kakitangan sumber manusia dan dengan cara ini, aplikasi TimeTec Leave boleh merapatkan jurang antara pengurusan dan pekerja dengan cara yang lebih positif.
 
3  Kelulusan Mudah
TimeTec Leave menyediakan sistem kelulusan cuti yang fleksibel dan mudah untuk sebarang jenis penggunaan syarikat.
  Sesetengah syarikat menggunakan proses kelulusan linear di mana syarikat hanya memerlukan seorang penyelia untuk meluluskan cuti. Terdapat juga syarikat yang memerlukan kelulusan berturutan atau kelulusan secara rawak oleh mana-mana penyelia. Dengan menyediakan pelbagai kaedah kelulusan, sistem TimeTec Leave boleh memenuhi pelbagai keperluan korporat dengan mudah dan tepat.
 
4  Kemaskini Segera dan Percuma
TimeTec Leave adalah penyelesaian berasaskan awan yang menawarkan kemaskini percuma dan segera. Anda tidak perlu menggunakan pentadbir sistem atau bimbang tentang "versi" perisian kerana selagi langganan anda aktif, TimeTec Leave sentiasa dikemaskini untuk versi terkini.
5   Masa itu Emas
Dengan TimeTec Leave anda tidak perlu lagi menggunakan borang untuk menangani pengurusan cuti pekerja syarikat anda.
  Dengan beberapa klik di web atau di aplikasi mudah alih, pekerja boleh memohon cuti dan penyelia boleh memberikan kelulusan serta-merta bagi permohonan itu. Pada masa yang sama, sistem membuat pengiraan dan menyelaraskan baki dan akrual secara automatik tanpa silap.
 
6  Operasi Cekap
Setiap syarikat mempunyai polisi cuti sendiri yang harus dipatuhi termasuk undang-undang buruh negara masing-masing. TimeTec Leave membolehkan syarikat menetapkan polisi dan peraturan masing-masing di dalam perisian dan segala operasi yang dilakukan di TimeTec Leave akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
 
7 Berkait dengan Penyelesaian Tenaga Kerja
 
TimeTec dilengkapi dengan penyelesaian tenaga kerja berasaskan awan lain termasuk TA TimeTec untuk sistem masa dan kehadiran, TimeTec Hire untuk sistem pengambilan pekerja dan TimeTec VMS untuk pengurusan pelawat. TimeTec Leave boleh digabungkan dengan TimeTec TA di mana jadual kerja akan dikaitkan dengan sistem cuti untuk pengurusan tenaga kerja yang lebih baik.
 
8  Harga Berpatutan
Dengan hanya RM5 sebulan, TimeTec Leave menawarkan syarikat dengan manfaat dan kemudahan yang banyak di hujung jari. Pihak pengurusan tidak perlu lagi menyusahkan diri dengan cara lama yang tidak tepat dan lambat.
Aplikasi TimeTec Leave boleh didapati di platform iOS dan Android secara percuma.
 
9  Rekod Penuh
TimeTec Leave menguruskan data dengan baik kerana kerana setiap aplikasi, kelulusan, akrual dan sebagainya akan dicatatkan dalam sistem, disimpan di pelayan awan, jauh dari manipulasi mana-mana pihak. TimeTec Leave tidak hanya memudahkan permohonan dan kelulusan cuti, sistem ini juga merangkumi semua aktiviti termasuk pembatalan cuti terpakai, kelulusan cuti automatik seperti cuti sakit, kakitangan yang menyunting baki cuti, masa akruan cuti dilakukan, siapa yang melakukannya dan banyak lagi.
 
10  Jaminan Keselamatan
TimeTec memanfaatkan perkhidmatan awan Perkhidmatan Web Amazon yang mengurangkan kos operasi dan menggunakan infrastruktur secara berkesan. TimeTec menggunakan teknologi awan untuk memastikan prestasi yang konsisten seperti skala automatik infrastruktur berdasarkan beban dan ketersediaan perkhidmatan TimeTec yang tinggi sepanjang menyediakan keselamatan pada setiap masa.
Dapatkan akaun percuma TimeTec Leave dengan 10 lesen pengguna percuma sepanjang hayat, dan alami kemudahan Sistem Pengurusan Cuti Awan TimeTec Leave. Klik www.timetecleave.com untuk maklumat lanjut. Aplikasi TimeTec Leave disediakan secara percuma di platform Android dan iOS apabila anda melanggan dengan TimeTec Leave. Pertanyaan lanjut, hubungi kami di 017-3601882 (Kartina/Alaric)